menu bar


January 8, 2015

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB BIL 1/2015

TARIKH : 8 JAN 2015
MASA : 9.30 PAGI - 11.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT MAWAR SKTPP2
PENGERUSI : EN MOHD RAMDANI B MOHD SUHUD

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT mesyuarat panitia kali pertama bagi sesi 2015 dapat dijalankan dengan jayanya. Warga panitia mengucapkan tahniah kepada En Mohd Ramdani b Mohd Suhud di atas pelantikan sebagai Ketua Panitia yang baru bagi sesi 2015. Penghargaan yang tidak terhingga juga kepada Pn Rozlina bt Mustafa atas pengurusan dan pimpinan panitia bagi sesi sebelum ini. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Tuan Guru Besar. Semoga sesi 2015 Panitia Pendidikan Islam SKTPP2 terus cemerlang.





August 24, 2013

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT UPSR PERDANA

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG akan menganjurkan majlis ini bersempena dengan murid-murid tahun 6 akan menghadapi UPSR seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 29 Ogos 2013 (Khamis)
Masa :7.15 - 9.30 malam
Tempat : Dewan Terbuka SKTPP2

Tentatif majlis:
-Solat Maghrib berjamaah (Imam: Us Mohd Nawawi bin Kandar)
-Bacaan Yasin (Khalifah:Us Rosmadi bin Abd Manaf)
-Solat Isya' berjamaah (Imam: Us Wan Adli bin Derahman)
-Solat Hajat (Imam: Us Mohd Razis bin Sainisi)
-Jamuan ringan
-Bersurai

Semua guru,murid-murid tahun 6 dan ibubapa penjaga dijemput hadir untuk menjayakan majlis ini. Segala sumbangan dan kerjasama yang dihulurkan diucapkan jutaan terima kasih dan semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

August 2, 2013

Majlis Khatam Al-Quran & Sumbangan Ramadhan

Alhamdulillah Majlis ini dapat dijalankan dengan jayanya. Panitia Pendidikan Islam merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya kepada ustaz,ustazah, guru-guru, murid dan penjaga serta dermawan-dermawan yang budiman. Semoga Allah memberikan sebaik-baik ganjaran untuk kalian.Majlis ini juga merupakan program terakhir sempena Ihya Ramadhan 1434H dan sebelum bercuti sempena hari raya Aidilfitri dan cuti pertengahan penggal kedua.

Banyak acara yang telah dijalankan sempena majlis yang mulia ini. Ia dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh adik Mohammad Hafiy dari kelas 5 Baiduri. Kemudian diikuti dengan Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Razis bin Sainisi bersama dengan 18 orang murid tahun 6. Penyerahan sumbangan kepada para peserta tadarus al-Quran, anak-anak yatim dan asnaf telah disempurnakan oleh para pentadbir sekolah.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada para pelajar, di antaranya persembahan teknik al-Baghdadi dari murid-murid kelas 6 Delima, pentomen dari murid tahap 1 dan 2, deklamasi sajak dan persembahan nasyid. Majlis diakhiri dengan bersalaman diantara murid dan guru-guru.





July 30, 2013

CERAMAH NUZUL AL-QURAN 1434H

Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Ceramah Nuzul Al-Quran. Ceramah ini telah diadakan pada pukul 8.00 hingga 10.00 pagi bagi murid-murid tahun 4 dan 5 manakala bagi murid tahun 2 dan 3 pada pukul 1.30 hingga 3.00 petang bertempat di Pusat Sumber Sekolah.

Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan Tn Hj Kamaruddin. Penyampaian yang menarik dengan diselangi bacaan doa,ayat suci al-quran,nyanyian dan nasyid serta kuiz spontan dengan disediakan ganjaran bagi yang dapat menjawabnya. Justeru itu tidak hairanlah murid-murid menunjukkan minat yang mendalam serta tumpuan yang baik terhadap ceramah yang disampaikan.

Antara lain ceramah ini juga telah mengingattkan kembali tentang sejarah penurunan al-Quran serta pengorbanan isteri banginda nabi SAW dan menyediakan panduan menjalani 10 malam ramadhan terakhir khusus memburu Lailatul Qadar. Semoga Allah memberkati majlis ilmu yang dianjurkan ini.