menu bar


August 2, 2013

Majlis Khatam Al-Quran & Sumbangan Ramadhan

Alhamdulillah Majlis ini dapat dijalankan dengan jayanya. Panitia Pendidikan Islam merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya kepada ustaz,ustazah, guru-guru, murid dan penjaga serta dermawan-dermawan yang budiman. Semoga Allah memberikan sebaik-baik ganjaran untuk kalian.Majlis ini juga merupakan program terakhir sempena Ihya Ramadhan 1434H dan sebelum bercuti sempena hari raya Aidilfitri dan cuti pertengahan penggal kedua.

Banyak acara yang telah dijalankan sempena majlis yang mulia ini. Ia dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh adik Mohammad Hafiy dari kelas 5 Baiduri. Kemudian diikuti dengan Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Razis bin Sainisi bersama dengan 18 orang murid tahun 6. Penyerahan sumbangan kepada para peserta tadarus al-Quran, anak-anak yatim dan asnaf telah disempurnakan oleh para pentadbir sekolah.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada para pelajar, di antaranya persembahan teknik al-Baghdadi dari murid-murid kelas 6 Delima, pentomen dari murid tahap 1 dan 2, deklamasi sajak dan persembahan nasyid. Majlis diakhiri dengan bersalaman diantara murid dan guru-guru.





No comments:

Post a Comment